Monday, 21 November 2011

Jampi OM Tidak Mujarab, Tahniah Pasukan Malaysia!

Detik mencemaskan sebentar tadi, memang tidak sesuai untuk lelaki yang menghidap darah tinggi dan wanita yang sarat mengandung. Manakan tidak, tendangan penalti sebagai penentu kemenangan amat mendebarkan, tambahan pulak kedua-dua pasukan sama-sama hebat.

Namun, semangat yang ditunjukkan pasukan Malaysia sungguh mengkagumkan! Kehadiran lebih 100 ribu penyokong Indonesia seolah-olah tidak melunturkan semangat pasukan Malaysia. Pasukan Malaysia berjaya menutup mulut penyokong Indonesia dengan membuktikan kita adalah lebih baik daripada mereka dari pelbagai segi terutamanya kekuatan mental pemain.

Bangga dengan kemenangan ini, bangga dengan bendera dan lagu Negaraku yang dinyanyikan dipenghujung rancangan. Meskipun, berulangkali si OM Titus Bonai pemain Indonesia menjampi gawang gol yang dijaga Khairul Fahmi(Apek), tetapi nasib dan tuah masih menyebelahi pasukan negara kita. Agaknya, Apek sudah bersedia dengan pendinding jampi serapah si OM tu hahaha...!

Tahniah! Sudah tak ada apa lagi yang saya mampu katakan..bangga dengan kemenangan penuh bergaya ini. Harap rakyat Indonesia boleh menerima kekalahan kali ini, jangan pulak lepas ini ada lagi kes bakar membakar bendera..tindakan itu akan menambahkan lagi malu dan arang yang sudah terconteng kerana 3 ekor beruk yang bersarungkan bendera kita.


No comments:

Post a Comment